Terma dan Syarat

Umrah Pasca Covid

MAKLUMAT BERKAITAN UMRAH TERKINI

1. Jemaah mesti telah menerima vaksin lengkap Covid 19 seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. 

2. Jemaah wajib install app Tawakkalna dan Eatmarna didalam telefon masing. Tawakkalna berfungsi seperti MySejahtera dan Eatmarna adalah app untuk memohon permit Ibadah Umrah, ziarah Raudhah dan solat di Masjidilharam. Jemaah akan dibantu oleh petugas PDC Travels

3. Slot Umrah dan ziarah Raudhah  perlu ditempah melalui Eatmarna. Tidak perlu tempahan untuk solat di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. 

4. Ziarah Raudhah tertakluk kepada SOP Kerajaan Saudi dari semasa ke semasa.

5. Ziarah luar Makkah dan Madinah tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Arab Saudi.

6. TIADA kuarantin diwajibkan di Arab Saudi

7. Wajib kuarantin di Malaysia. Kuarantin dirumah (Jemaah perlu memohon) atau kuarantin di fasiliti yang diarahkan, tertakluk kepada arahan Kementerian Kesihatan. Kos ditanggung oleh jemaah

PCR TEST

1. Jemaah digalakkan membuat RTK Test 48 jam sebelum waktu berlepas ke Saudi dengan keputusan NEGATIF. 

2. Jemaah wajib membuat PCR Test 48 jam sebelum waktu balik ke Malaysia dengan keputusan NEGATIF. Jika positif, Jemaah tidak dibenarkan terbang dan akan dikuarantin di Arab Saudi. Kos PCR Test ditanggung oleh Jemaah. PDC akan membantu urusan ujian di klinik/hospital di Arab Saudi.

Kos kuarantin di Arab Saudi sila rujuk kepada perkara C dibawah.

PERLINDUNGAN INSURAN COVID-19 (Berkuatkuasa hanya di Arab Saudi)

1. Semua Jemaah akan dilindungi oleh insuran yang disediakan dan telah termasuk didalam harga pakej

2. Jemaah dilindungi sehingga SAR650,000 jika Jemaah dijangkiti Covid dan perlu rawatan hospital di Arab Saudi.

3. Jika Jemaah positif Covid dan hanya perlukan kuarantin, pihak insuran akan menanggung kos kuarantin sehingga SAR450 sehari tertakluk kepada maksimum 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi nilai perlindungan insuran, kos selebihnya adalah dibawah tanggungjawab Jemaah itu sendiri.

4. Kos ujian PCR tidak termasuk didalam perlindungan insuran.

NOTA PENTING

Semua peraturan diatas adalah tertakluk kepada perubahan dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi. Jemaah akan sentiasa dimaklumkan jika ada sebarang perkembangan terbaru.

Scroll to Top

Hubungi Kami